Khamis, 2 Februari 2012



mandi wajib.


mandi wajib adalah dengan menggunakan air suci dan bersih (air mutlak)yang mensucikan dengan mengalirka air tersebut ke seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampailah ke hujung kaki.Tujuan mandi wajib adalah untuk menghilangkan hadas besar yang harus dihilangkan sebelum melakukan solat.

SEBAB MANDI WAJIB


  • terkeluarnya air mani
  • bersetubuh
  • haid
  • wiladah
  • nifas
  • mati selain mati syahid

RUKUN

1.niat

" sahaja aku menggangkat hadas besar fardu ke atasku kerana ALLAH taala"

"نويت رفع الحدث اكبر لله تعالى"


2. meratakan air ke seluruh anggota badan


CARA_CARA MANDI WAJIB

  •  sebelum mandi membaca basmalah
  •  membersihkan najis terlebih dahulu
  •  mengambil wuduk
  •  membasuh badan sebanyak 3 kali
  •  mendahului anggota sebelah kanan
  •  menyelat hari kaki ,tanagn dan rambut
  • menggosok seluruh anggota badan (mencangkung)
  • doa selepas mandi










Rabu, 1 Februari 2012

PUASA
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu



Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.










Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.




DALIL
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}



syarat wajib puasa

  • islam
  • berakal
  • suci dari hadas besar dan kecil



PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  • makan dan minum dengan sengaja
  • muntah dengan sengaja
  • bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • gila
  • murtad.